RSS

aDa ApA dEnGaN pRiNsIp rEkAbENtUk..

bertemu kembali kita di teratak ni..maaflah minggu lepas cikgu hani tak sempat nak update blog..kekangan masa dan line tenet yang laju sesannnnngat sangat tu..huhu..baru tinggal jap dah bersawang blog ni..jap ea..cikgu hani nak kasi halau sawang-sawang ni..shuhh..shuhh..(haha..da macam halau ayam lak)..=)..

ok..entri kali ni cikgu hani nak kupas buah epal..eh..silap..kantoi tengah lapar..hehe..cikgu hani nak kupas mengenai topik yang dipelajari dalam kuliah minggu lepas..mengenai..prinsip rekabentuk..

apa tu??

konsep untuk menyusun maklumat visual. merupakan satu gambaran bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip ini membantu kita membuat keputusan bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.






prinsip-prinsipnya.. 
 




 1# kEsEiMbAnGaN..



Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologi..Sebagai prinsip reka bentuk,
keseimbangan menempatkan komponen komponen visual dalam susunan yang menarik secara estetik.


2# pErSpEkTiF




Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik.
Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang.



3# hARmOnI



bermakna semua komponen imej visual berhubungan dan melengkapi satu sama lain. Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan dan ritma. Corak atau bentuk dapat membantu mencapai harmoni. Dengan mengulangi corak dalam susunan yang menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.


4# kEsAtUaN @ pAdUaN



merupakan hubungan di antara elemen-elemen visual yang dapat menjadikan elemen tersebut bersatu dan bermakna. Ini bermakna, perkataan dan imej bersatu dan menghasilkan makna..
Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan bentuk- bentuk, corak latar belakang yang serupa.
Kesatuan juga  boleh dicapai melalui penggunaan ruang..



# all the pics..credit to pakcik gOoGlE..

ok..sampai sini dulu entri kali ni..cikgu hani nak rest jap..kepenatan beberapa hari ni masih terasa ..asal weekend ada je aktiviti..so SuNdAy iS mY HoLidAy..huhu..




kepada kengkawan..selamat merehatkan diri anda di hujung minggu ini.. 
 

 hehe..tata..
 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment