RSS

ApA iTu hArTa iNtELeK?

assalamualaikum..hari ini hari sabtu..bersamaan dengan 4 mei..hari esok hari ahad..bersamaan dengan 5 mei..ada apa dengan 5 mei esok??

selain hari lahir anak buah cikgu hani..ahmad yusuf ( 5 mei 2009)..esok ucop dah genap 4 tahun..selamat hari lahir ucop..makde sayang ucop..



ia adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat malaysia sejak dari 2008 lagi untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing..iaitu pergi mengundi di pilihanraya esok..jadi cikgu hani ucapkan selamat mengundi kawan-kawan..buatlah pilihan yang terbaik demi negara kita..agama dan juga bangsa..hak di tangan anda..fighting..hehe..



topik yang cikgu hani nak share hari ni ialah mengenai harta intelek..
harta intelek ialah..
                               
   ''Adalah hasil ciptaan minda; reka cipta, karya sastera dan seni, simbol, nama dan
imej yang digunakan dalam perdagangan.”

harta intelek terbahagi kepada kategori-kategori berikut..


  •  PaTeN
~ Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu rekacipta sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau untuk penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.


# paten selipar crocs #
  •  CaP dAgAnGaN
 ~ Tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.



  • RekAbEnTuK pErInDuStRiAn
~ Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan  terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik di pandangan mata.


  •  HaK cIpTa
~ Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah
ditetapkan.



  • PeTuNjUk gEoGrAfI
~ Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ianya dikeluarkan.


  • ReKa BeNtUk SuSuN aTuR liTaR BeRsEpAdU
~ Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.


  • PeMbAhArUaN UtiLitI
~ Pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta ‘minor’ yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapatkan paten


  • RaHsIa PeRdAgAnGaN / MaKluMaT YaNg TiDAk dIkETaHuI
~ Merupakan maklumat yang terlindung yang secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan dengan jenis maklumat yang sedemikian dan yang mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka yang mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia.

#sumber eproduct design and gambar dari pakcik gOOgle..

itu sahaja perkongsian cikgu hani untuk hari ini..selamat mengundi ya pada hari esok..tata..



 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ApA iTu AnTrOpOmEtRiK??

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat cikgu hani..bertemu lagi kita di pagi jumaat yang mulia lagi penuh barakah..


so..sekarang ni cikgu hani nak memulakan marathon mengapdet blog ..hehe..hari cuti kan..

topik yang cikgu hani nak share hari ni ialah mengenai ANTROPOMETRIK..

apa itu antropometrik??


  • Ilmu tentang pengukuran tubuh manusia yang digunakan untuk membezakan  ukuran-ukuran pada setiap individu.
  • Ukuran tubuh manusia diukur berdasarkan umur, jenis jantina, suku bangsa, dan juga jenis pekerjaan.



>> antro bermaksud manusia..dan metrik bermaksud pengukuran..
>> Ia adalah ukuran saiz dan bahagian badan manusia, serta parameter seperti jangkauan dan keupayaan pelbagai visual
>> Data yang tepat mengenai ketinggian, berat badan, anggota badan, dan saiz setiap bahagian  badan diperlukan untuk  mereka bentuk  barangan yang terdiri daripada pakaian, perabot, kenderaan dan sebagainya..

sebagai contohnya pakaian..terdapat dalam pelbagai pilihan saiz dan rekabentuk mengikut kesesuaian umur dan bentuk badan manusia..

# newborn baby  clothes #


# baju kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 3 tahun #

contoh lain kasut..
# kasut wanita dewasa #
# kasut lelaki dewasa #
# sport shoes wanita #
# sport shoes lelaki #


 kalau kita perhatikan..setiap kasut ni mempunyai ukuran yang berbeza-beza..ia telah direkabentuk mengikut saiz jantina..seperti mana kita tahu saiz kaki lelaki adalah lebih besar dari saiz kaki wanita..wanita boleh saja memakai kasut lelaki tetapi keselesaannya tiada kerana ia telah direka khas mengikut saiz ukuran kaki lelaki yang sedikit besar dan lebar dari wanita....

 sekian saja dari cikgu hani..assalamualaikum..

# sumber dari pakcik gOOgle dan website eproductdesign.com...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MoCk uP AcTiViTy WiTh ClAy

salam ceria buat sahabat semua..alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini..sekian lama cikgu hani tidak berblog..huhu..actually banyak benda yang cikgu hani nak share kat sini..tapi dek kerana kekekangan masa dan kemudahan internet..fuhh..tiada ruang untuk cikgu hani meng 'update' disini..


topik yang cikgu hani nak share hari ini ialah...mengenai aktiviti cikgu hani bersama kawan-kawan pada isnin yang lepas-lepas..sebelum cuti mid sem tu..

# cikgu hani dan kawan-kawan #

kitorang diberi peluang untuk bermain dengan clay..hehe..actually bukanla bermain sangat pun..tapi cuba membiasakan diri dengan clay tu..ingatkan senang je macam main uli-uli plastesin masa tadika dulu tu,..tapi yang ni payah sikit..

mula-mula kitorang diperkenalkan dengan BROWN CLAY..


harga dia bukan beringit-ringit..tapi ratus ringgit..fuhh..mahaltu..tapi ada 'advantage'nya..dia boleh digunakan banyak banyak banyakk kali..sebelum digunakan..BROWN CLAY tu perlu dipanaskan terlebih dahulu dalam oven..kemudian bila da lembik-lembik sikit..baru boleh keluarkan..depends pada suhu yang kita tentukan..


  
lepas tu bermulala aktiviti kami dok menguli-nguli clay tu..bukan uli-uli saje tau..cikgu hani dan kengkawan perlu mencipta satu rekabentuk mouse baru..haa..da jadi designer plak..nama pun amik ASAS REKACIPTA  kan..hehe..

nak menguli BROWN CLAY ni pun ade peralatannya..


dah beberapa minit dok menguli..akhirnya...tadaa.....hasilnya..

# mouse berbentuk gear #



 lepas da puas bermain ngan BROWN CLAY ni..kitorang diperkenalkan pula dengan PAPER CLAY..
PAPER CLAY ni berwarna putih..teksturnya lebih lembut dari BROWN CLAY..mudah untuk dibentukkan tetapi hanya untuk sekali pakai..

contoh-contoh objek yang dibentuk menggunakan PAPER CLAY..


 
PAPER C 
yang telah siap dibentuk boleh diwarnakan mengikut kesesuaian bentuknya..


 tapi tu bukan hasil kitorang..hasil kitorang..jeng..jeng..jeng..


mouse yang berbentuk macam tapak kaki..hehe..selesa untuk dipakai..sangat ergonomik..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS