RSS

ApA ItU MoCkUp? MoDel? PrOtOtAiP?


selamat pagi kawan-kawan...alhamdulillah..syukur kita masih dikejutkan bangun dari tidur hari ini..dan berpeluang menikmati ciptaan Allah swt..Alhamdulillah...Alhamdulillah..cuaca pun baik hari ini..


ilmu yang cikgu hani nak share pada pagi ini ialah mengenai 3 benda ni..mock up, model dan prototaip..apa itu mock up?? apa itu model?? dan prototaip tu apa pulak??

1# MoCk uP



Bentuk dia sama macam bentuk sebenar sesuatu objek ..
dikenali sebagai model olok-olok..
dibuat sebelum model atau prototaip dibina..
dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar..
tujuan dibuat untuk mendapat keseimbanagan bentuk struktur, saiz, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara pembuatan..

2# MoDeL






 
Model pula bukan model dalam majalah tu tau..haa..ni model lain..
ianya adalah sesuatu yang lebih detail dari mock up..tapi rupa model bukanlah rupa sebenar sesuatu objek..
model juga tidak boleh berfungsi..
segala fungsi pada objek sebenar tersebut seperti button , suis dan sebagainya digantikan dengan menampal sticker pada model..

Mesti kawan-kawan dah dapat bayangkan cemana..kan..?

3# PrOtOtAiP

 
Bentuk prototaip pula lebih advance dari kedua-dua jenis diatas..
ia memang sama seperti objek sebenar..memang sejibik la..
juga boleh berfungsi macam objek betul TETAPI tiada kemasan macam objek yang betul..
diperbuat daripada bahan sebenar..

so..kawan-kawan dah boleh bezakan yang mana mock up..model dan prototaip kan lepas ni..nanti cikgu hani akan share dengan kawan-kawan projek rekacipta kumpulan cikgu hani yang perlu dibuat dalam bentuk model..apa projeknya tu??..jeng..jeng..cikgu hani akan share kemudian ya..selamat bercuti..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TaNdA-tAnDa HaRi KiAmAt..

assalamualaikum..selamat petang kawan-kawan..macam biasa hari jumaat cikgu hani akan berkampung kat library dari pagi sampai..??tak tau hari ni sampai pukul berapa....rajin tak??hehe..padahal nak guna tenet je..bukan nak mentelaah..hehe..  



rasa kejap je kan masa berlalu..rasa baru lagi update entri jumaat lepas..tup tup..hari ni update lagi..hari jumaat jugak..


ya ALLAH..sungguh cepat masa berlalu sekarang ni..itu salah satu petanda hampirnya hari kiamat.. 

Tanda-Tanda Kiamat Kubra (Besar): 

1# Waktu berputar semakin cepat, sehingga setahun terasa seperti sebulan, dan sebulan terasa seperti seminggu. 

2# Matahari terbit di sebelah barat. Keluarnya Dajjal. 

3# Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj, yaitu segolongan umat manusia yang mempunyai kekuatan besar dan memiliki pemikiran sesat.

4# Turunnya Imam Mahdi ke dunia untuk meluruskan syari’at Islam dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah saw. 

5# Turunnya Nabi Isa as. dari langit yang akan membunuh semua babi dan mematahkan salib. Dialah yang menumpas Dajjal serta mengajak umat manusia mengesakan Allah swt dan menyambah-Nya. 

6# Hilangnya Al Quran dari mashaf san hati umat manusia hingga hilang pedoman. 

Bila kita memperhatikan kejadian-kejadian disekitar kita banyak dari tanda-tanda kiamat kecil sudah muncul. Jika tanda-tanda hari kiamat besar telah muncul salah satunya, maka akan diikuti tanda-tanda yang lainnya, iaitu yang pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari barat. 

Jadi kita sebagai umat manusia hendaklah mempersiapkan diri sebaik mungkin dengan menambah ketaatan dan takwa kepada Allah swt, kerana sudah banyak petanda-petanda hampirnya kiamat dan itu semua sebagai peringatan agar kita sebagai hambaNYA bermuhasabah diri..

  
#PeSaN CiKgU HaNi PaDa dIrI SeNdIrI dAn KAwAn-kAwAn...#
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ErGoNoMiK dAlAm KeHiDuPaN..

#eh..samala macam cursor cikgu hani kan..#


assalamualaikum and morning everybody!! syukur Alhamdulillah..di pagi yang tenang ini..kita masih berpeluang menjalani kehidupan untuk hari ini..dan yang paling best cikgu hani dapat sharing lagi ngan kawan-kawan..

sebelum kita start enjin..jom kita berzikir dulu..zikir pagi dan petang..wahid..isnani..salasa..( teringat pulak cikgu hani masa conduct circle time kat tadika dulu..pas solat dhuha..budak-budak akan baca doa ni..)



alhamdulillah..rasa tenang je kan..lepas ni..jom kita istiqamah..amalkan selalu..

untuk entri kali ni..topik yang cikgu hani nak share adalah ergonomik...sebut betul-betul..bukan ekonomi tau..=)

cikgu hani tau ramai yang tau apa itu ergonomik and ada juga yang tak tau..actually ergonomik tu berkait rapat dalam kehidupan kita seharian..sebagai contoh..kita tengok tv sambil baring lentok atas sofa or permaidani..

like this..hehe


dalam beberapa minit..apa yang kita rasa?mesti lenguh-lenguh kan..sebab apa?sebab duduk dengan postur badan yang salah..and sebab apa lagi?? sebab ianya tidak ERGONOMIK..
macam mana ergonomik tu..kita duduk atas kerusi yang boleh memberi kemudahan dan  keselesaan  pada kita selain mengurangkan keletihan dan juga tekanan pada diri kita..
haa..mesti kawan-kawan cakap.." oo..itu rupanya ergonomik"..hehe..

masa mula-mula cikgu hani tau..itulah reaksi cikgu hani..haha..

dalam kamus dewan edisi ke 4..ergonomik adalah kajian tentang hubungan antara pekerja dgn persekitaran tempat kerja, seperti aspek-aspek kejenteraan, peralatan, dan keadaan kerja..

dalam kamus komputer pula..ergonomik adalah bidang yang berkaitan dengan matlamat memberi ciri keselesaan, kecekapan, keselamatan, dan senang guna kepada mesin yang digunakan oleh manusia. Sinonim kejuruteraan insan.

apa pula kaitan ergonomik dengan rekacipta? 

ergonomik adalah salah satu ciri-ciri yang kita perlu ada dalam merekacipta sesuatu benda selain prinsip rekabentuk yang cikgu hani terangkan dalam entri sebelum ni...

contoh-contoh lain..


keselesaan pada kedudukan,menaip dan juga pencahayaan

keselesaan memegang

keselesaan menaip

kebiasaan yang kita lakukan..


kebanyakannya ramai yang kurang ambil berat pasal ergonomik ni kan..satu je cikgu hani pesan..thinks for the future..semua anugerah yang ALLAH bagi ni kita nak pakai lama..so..kalu dah bermasalah, rosak or whatever, boleh beli kat kedai? ganti yang baru? memang ya..tapi sanggup ke kawan-kawan?? hargailah anugerah-anugerah tersebut.. 

ok..sampai di sini coretan cikgu hani..mudah mudahan kita bertemu lagi di entri akan datang..



pesanan cikgu hani..


 
 …..If YOU think Safety and Health are Expensive
Try ACCIDENT !!!!







tata..
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aDa ApA dEnGaN pRiNsIp rEkAbENtUk..

bertemu kembali kita di teratak ni..maaflah minggu lepas cikgu hani tak sempat nak update blog..kekangan masa dan line tenet yang laju sesannnnngat sangat tu..huhu..baru tinggal jap dah bersawang blog ni..jap ea..cikgu hani nak kasi halau sawang-sawang ni..shuhh..shuhh..(haha..da macam halau ayam lak)..=)..

ok..entri kali ni cikgu hani nak kupas buah epal..eh..silap..kantoi tengah lapar..hehe..cikgu hani nak kupas mengenai topik yang dipelajari dalam kuliah minggu lepas..mengenai..prinsip rekabentuk..

apa tu??

konsep untuk menyusun maklumat visual. merupakan satu gambaran bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip ini membantu kita membuat keputusan bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.






prinsip-prinsipnya.. 
 




 1# kEsEiMbAnGaN..



Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologi..Sebagai prinsip reka bentuk,
keseimbangan menempatkan komponen komponen visual dalam susunan yang menarik secara estetik.


2# pErSpEkTiF




Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik.
Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang.



3# hARmOnI



bermakna semua komponen imej visual berhubungan dan melengkapi satu sama lain. Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan dan ritma. Corak atau bentuk dapat membantu mencapai harmoni. Dengan mengulangi corak dalam susunan yang menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.


4# kEsAtUaN @ pAdUaN



merupakan hubungan di antara elemen-elemen visual yang dapat menjadikan elemen tersebut bersatu dan bermakna. Ini bermakna, perkataan dan imej bersatu dan menghasilkan makna..
Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan bentuk- bentuk, corak latar belakang yang serupa.
Kesatuan juga  boleh dicapai melalui penggunaan ruang..



# all the pics..credit to pakcik gOoGlE..

ok..sampai sini dulu entri kali ni..cikgu hani nak rest jap..kepenatan beberapa hari ni masih terasa ..asal weekend ada je aktiviti..so SuNdAy iS mY HoLidAy..huhu..




kepada kengkawan..selamat merehatkan diri anda di hujung minggu ini.. 
 

 hehe..tata..
 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS