RSS

ApA iTu AnTrOpOmEtRiK??

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat cikgu hani..bertemu lagi kita di pagi jumaat yang mulia lagi penuh barakah..


so..sekarang ni cikgu hani nak memulakan marathon mengapdet blog ..hehe..hari cuti kan..

topik yang cikgu hani nak share hari ni ialah mengenai ANTROPOMETRIK..

apa itu antropometrik??


  • Ilmu tentang pengukuran tubuh manusia yang digunakan untuk membezakan  ukuran-ukuran pada setiap individu.
  • Ukuran tubuh manusia diukur berdasarkan umur, jenis jantina, suku bangsa, dan juga jenis pekerjaan.



>> antro bermaksud manusia..dan metrik bermaksud pengukuran..
>> Ia adalah ukuran saiz dan bahagian badan manusia, serta parameter seperti jangkauan dan keupayaan pelbagai visual
>> Data yang tepat mengenai ketinggian, berat badan, anggota badan, dan saiz setiap bahagian  badan diperlukan untuk  mereka bentuk  barangan yang terdiri daripada pakaian, perabot, kenderaan dan sebagainya..

sebagai contohnya pakaian..terdapat dalam pelbagai pilihan saiz dan rekabentuk mengikut kesesuaian umur dan bentuk badan manusia..

# newborn baby  clothes #


# baju kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 3 tahun #

contoh lain kasut..
# kasut wanita dewasa #
# kasut lelaki dewasa #
# sport shoes wanita #
# sport shoes lelaki #


 kalau kita perhatikan..setiap kasut ni mempunyai ukuran yang berbeza-beza..ia telah direkabentuk mengikut saiz jantina..seperti mana kita tahu saiz kaki lelaki adalah lebih besar dari saiz kaki wanita..wanita boleh saja memakai kasut lelaki tetapi keselesaannya tiada kerana ia telah direka khas mengikut saiz ukuran kaki lelaki yang sedikit besar dan lebar dari wanita....

 sekian saja dari cikgu hani..assalamualaikum..

# sumber dari pakcik gOOgle dan website eproductdesign.com...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment