hai semua...apa khabar? cikgu hani nak ucapkan selamat berkenalan kepada semua..ni first time cikgu hani buat blog..huhu..selama ni jadi 'passengers' je kat group blog..so sedikit teruja dah ada blog sendiri ni..hehe..cikgu hani harap kawan-kawan semua sudila berkongsi pendapat dan pandangan untuk menceriakan lagi blog ni..maklumla cikgu hani ni masih baru dalam dunia blog ni..=)
for the first entry ni..tak ada apa sangat yang nak dicoretkan..cuma cikgu hani nak share serba sedikit tentang tugasan yang diberi oleh 'lecturer'..Puan Fadila..iaitu menubuhkan sebuah blog memasing yang bertemakan ''kreativiti''..sebab semester ni cikgu hani amik subjek 'Asas Rekacipta'..so..memang berkait sangat dengan kreativiti..
menurut pakcik google..
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:
- Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
- Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
- Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
rasanya cukupla untuk entry kali ni..nanti cikgu hani akan update lagi apa-apa yang berkaitan dengan kreativiti..k..tata..dan terima kasih kerana sudi menjenguk teratak cikgu hani..=)
1 comments:
Nice blog sis! Boleh buat penambahan dari masa ke semasa. :)
Post a Comment