RSS

MoDeL PrOjEk BeRteMaKaN iKs..

hai semua..da lama cikgu hani x mengapdet blog..maklumla..da hujung2 sem..busy memanjang..tapi alhamdulillah..semua kerja da settle..exam pun da habis..selamat semua 4 paper..just waiting for the result..tawakkal pd ALLAH..



ok..

entri kali ni cikgu hani nak mengapdet prosedur-prosedur proses pembuatan model bagi projek group cikgu hani dan kengkawan..


setelah membuat beberapa kajian, kami bersepakat untuk membina sebuah model yang diberi nama '' Easy Pineapple Peeler''. fungsinya adalah untuk membuang kulit buah nanas sebagai alternatif untuk membantu menyelesaikan masalah pengusaha IKS Buah nanas.

~ step 1 
pemilihan bahan untuk penghasilan produk.

kami memilih untuk membuat model ini menggunakan 100 % kayu bagi pembuatan rangka model.

~ step 2
pemasangan setiap bahagian.

  1. mula-mula kami mengukur sekeping papan lapis untuk dijadikan sebagai alas tapak..
  2. kemudian pilih sebatang kayu untuk dijadikan tiang utama. hujung kayu itu dipotong dan dipahat untuk membuat tanggam lubang dan puting terbuka.
  3. setelah siap,kayu tersebut dipakukan pada alas tapak.
  4. kemudian kayu pemegang diukur dan ditebuk untuk dipasangkan pada tiang menggunakan skru.
  5. di bahagian tengah kayu pemegang dipotong dengan gergaji dan dipahat untuk membuat tanggam parit.
  6. setelah siap,di bahagian tengah tanggam tadi juga akan ditebuk untuk disambungkan dengan batang kayu yang berfungsi menggerakkan pemotong.
  7. satu batang kayu lagi dipakukan selari dengan tiang utama tadi.
  8. untuk mengukuhkan rangka binaan model,sebatang kayu dijadikan sebagai penghubung tiang dipakukan diantara tiang.
  9. kayu tersebut ditebuk lubang di tengah-tengahnya untuk untuk memberi laluan batang kayu tadi melaluinya.
  10. kerja pemasangan komponen pemotong dengan menggunakan batang paip yang berdiameter 11.2cm pada binaan model dan disambungkan pada batang kayu.
  11. setelah siap semua kerja pemasangan,kerja kemasan dilakukan dengan melelas setiap bahagian permukaan kayu.
  12. kemudian,binaan model tersebut dicat menggunakan cat minyak berwarna kelabu.
  13. sekeping pelekat berwarna ''silver'' yang berkilat dilekatkan di bahagian bawah pemotong (batang paip) yang berfungsi sebagai mata pisau.
  14. 2 biji ''button'' on dan off dilekatkan pada tiang untuk kaedah penggunaan secara automatik.
  15.  

  16. alhamdulillah..setelah lama bertungkus lumus..inilah hasilnya binaan model bagi projek asas rekacipta kumpulan kami..
  yeay..its done!!! our '' Easy Pineapple Peeler''..



# cikgu hani and group #




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PsIkOlOgI WaRnA..


# Psikologi Warna #

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna utama:

  • merah 
                         
  • hijau
                      
  • kuning
                      
  • biru

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti. Berikut adalah beberapa contoh warna yang dikaitkan dari sudut psikologi:

Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah Terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah Jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

 

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru Tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru Muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.



Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa.
Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ApA iTu hArTa iNtELeK?

assalamualaikum..hari ini hari sabtu..bersamaan dengan 4 mei..hari esok hari ahad..bersamaan dengan 5 mei..ada apa dengan 5 mei esok??

selain hari lahir anak buah cikgu hani..ahmad yusuf ( 5 mei 2009)..esok ucop dah genap 4 tahun..selamat hari lahir ucop..makde sayang ucop..



ia adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat malaysia sejak dari 2008 lagi untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing..iaitu pergi mengundi di pilihanraya esok..jadi cikgu hani ucapkan selamat mengundi kawan-kawan..buatlah pilihan yang terbaik demi negara kita..agama dan juga bangsa..hak di tangan anda..fighting..hehe..



topik yang cikgu hani nak share hari ni ialah mengenai harta intelek..
harta intelek ialah..
                               
   ''Adalah hasil ciptaan minda; reka cipta, karya sastera dan seni, simbol, nama dan
imej yang digunakan dalam perdagangan.”

harta intelek terbahagi kepada kategori-kategori berikut..


  •  PaTeN
~ Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu rekacipta sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau untuk penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.


# paten selipar crocs #
  •  CaP dAgAnGaN
 ~ Tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.



  • RekAbEnTuK pErInDuStRiAn
~ Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan  terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik di pandangan mata.


  •  HaK cIpTa
~ Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah
ditetapkan.



  • PeTuNjUk gEoGrAfI
~ Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ianya dikeluarkan.


  • ReKa BeNtUk SuSuN aTuR liTaR BeRsEpAdU
~ Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.


  • PeMbAhArUaN UtiLitI
~ Pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta ‘minor’ yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapatkan paten


  • RaHsIa PeRdAgAnGaN / MaKluMaT YaNg TiDAk dIkETaHuI
~ Merupakan maklumat yang terlindung yang secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan dengan jenis maklumat yang sedemikian dan yang mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka yang mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia.

#sumber eproduct design and gambar dari pakcik gOOgle..

itu sahaja perkongsian cikgu hani untuk hari ini..selamat mengundi ya pada hari esok..tata..



 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ApA iTu AnTrOpOmEtRiK??

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat cikgu hani..bertemu lagi kita di pagi jumaat yang mulia lagi penuh barakah..


so..sekarang ni cikgu hani nak memulakan marathon mengapdet blog ..hehe..hari cuti kan..

topik yang cikgu hani nak share hari ni ialah mengenai ANTROPOMETRIK..

apa itu antropometrik??


  • Ilmu tentang pengukuran tubuh manusia yang digunakan untuk membezakan  ukuran-ukuran pada setiap individu.
  • Ukuran tubuh manusia diukur berdasarkan umur, jenis jantina, suku bangsa, dan juga jenis pekerjaan.



>> antro bermaksud manusia..dan metrik bermaksud pengukuran..
>> Ia adalah ukuran saiz dan bahagian badan manusia, serta parameter seperti jangkauan dan keupayaan pelbagai visual
>> Data yang tepat mengenai ketinggian, berat badan, anggota badan, dan saiz setiap bahagian  badan diperlukan untuk  mereka bentuk  barangan yang terdiri daripada pakaian, perabot, kenderaan dan sebagainya..

sebagai contohnya pakaian..terdapat dalam pelbagai pilihan saiz dan rekabentuk mengikut kesesuaian umur dan bentuk badan manusia..

# newborn baby  clothes #


# baju kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 3 tahun #

contoh lain kasut..
# kasut wanita dewasa #
# kasut lelaki dewasa #
# sport shoes wanita #
# sport shoes lelaki #


 kalau kita perhatikan..setiap kasut ni mempunyai ukuran yang berbeza-beza..ia telah direkabentuk mengikut saiz jantina..seperti mana kita tahu saiz kaki lelaki adalah lebih besar dari saiz kaki wanita..wanita boleh saja memakai kasut lelaki tetapi keselesaannya tiada kerana ia telah direka khas mengikut saiz ukuran kaki lelaki yang sedikit besar dan lebar dari wanita....

 sekian saja dari cikgu hani..assalamualaikum..

# sumber dari pakcik gOOgle dan website eproductdesign.com...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MoCk uP AcTiViTy WiTh ClAy

salam ceria buat sahabat semua..alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini..sekian lama cikgu hani tidak berblog..huhu..actually banyak benda yang cikgu hani nak share kat sini..tapi dek kerana kekekangan masa dan kemudahan internet..fuhh..tiada ruang untuk cikgu hani meng 'update' disini..


topik yang cikgu hani nak share hari ini ialah...mengenai aktiviti cikgu hani bersama kawan-kawan pada isnin yang lepas-lepas..sebelum cuti mid sem tu..

# cikgu hani dan kawan-kawan #

kitorang diberi peluang untuk bermain dengan clay..hehe..actually bukanla bermain sangat pun..tapi cuba membiasakan diri dengan clay tu..ingatkan senang je macam main uli-uli plastesin masa tadika dulu tu,..tapi yang ni payah sikit..

mula-mula kitorang diperkenalkan dengan BROWN CLAY..


harga dia bukan beringit-ringit..tapi ratus ringgit..fuhh..mahaltu..tapi ada 'advantage'nya..dia boleh digunakan banyak banyak banyakk kali..sebelum digunakan..BROWN CLAY tu perlu dipanaskan terlebih dahulu dalam oven..kemudian bila da lembik-lembik sikit..baru boleh keluarkan..depends pada suhu yang kita tentukan..


  
lepas tu bermulala aktiviti kami dok menguli-nguli clay tu..bukan uli-uli saje tau..cikgu hani dan kengkawan perlu mencipta satu rekabentuk mouse baru..haa..da jadi designer plak..nama pun amik ASAS REKACIPTA  kan..hehe..

nak menguli BROWN CLAY ni pun ade peralatannya..


dah beberapa minit dok menguli..akhirnya...tadaa.....hasilnya..

# mouse berbentuk gear #



 lepas da puas bermain ngan BROWN CLAY ni..kitorang diperkenalkan pula dengan PAPER CLAY..
PAPER CLAY ni berwarna putih..teksturnya lebih lembut dari BROWN CLAY..mudah untuk dibentukkan tetapi hanya untuk sekali pakai..

contoh-contoh objek yang dibentuk menggunakan PAPER CLAY..


 
PAPER C 
yang telah siap dibentuk boleh diwarnakan mengikut kesesuaian bentuknya..


 tapi tu bukan hasil kitorang..hasil kitorang..jeng..jeng..jeng..


mouse yang berbentuk macam tapak kaki..hehe..selesa untuk dipakai..sangat ergonomik..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS